Site icon TechNave BM

Headphone wayarles baharu OPPO di pasaran mulai hari ini

OPPO Malaysia hari ini mengumumkan pelancaran produk terbarunya, headphone wayarles OPPO Enco Free yang boleh didapati di pasaran dengan harga RM499.

Menurut syarikat China itu, pelanggan yang berminat boleh memilih antara dua warna iaitu hitam atau putih. Ia mampu digunakan selama 25 jam dan perumahnya (casing) juga boleh mengecaskan headphone itu dengan pantas.

Enco Free juga dilengkapi pembatalan hingar (noise cancellation) sewaktu membuat panggilan, kawalan kelantangan mudah yang boleh diubah dengan hujung jari dan hubungan Bluetooth yang akan terus disambung kepada telefon apabila perumahnya dibuka.

OPPO Enco Free boleh didapati di semua kedai konsep OPPO, laman web rasmi OPPO, Lazada, Shopee atau di kedai-kedai Senheng, senQ dan DirectD.

Adakah anda akan mendapatkan headphone wayarles OPPO ini? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version