Site icon TechNave BM

Headphone wireless OPPO Enco Free akan hadir di Malaysia pada 16 Januari 2020

Pencinta teknologi semestinya sudah tahu akan kewujudan headphone wayarles (wireless) yang menjadi rebutan. OPPO bakal menggembirakan netizen Malaysia yang ingin memiliki headphone wayarles dengan membawa OPPO Enco Free ke Malaysia pada 16 Januari ini.

Selain penggunaan sambungan Bluetooth pada headphone wayarles ini, potongan hujung pembesar suara ultra-dinamik juga merupakan ciri menarik peranti teknologi ini. Menurut OPPO, potongan ultra-dinamik tersebut mampu memberi pengalaman muzik dan prestasi audio yang memuaskan hawa telinga anda.

Tidak cukup dengan itu, OPPO Enco Free dilengkapi dwi-mikrofon (dual-microphone) dan teknologi AI uplink noice cancellation untuk menghalang hingar daripada mengganggu anda ketika membuat panggilan.

Apa pun, kami masih tiada maklumat rasmi mengenai harga headphone wayarles OPPO Enco Free. Teka harga OPPO Enco Free dan tinggalkan komen di Facebook kami. Teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk maklumat rasmi peranti teknologi yang terkini.

Exit mobile version