Site icon TechNave BM

HERE WeGo, pengganti Google Maps dan Waze kini tiba di Huawei

Berita gembira untuk pengguna Huawei AppGallery. Jika dahulu anda sering tercari-cari alternatif untuk Google Maps, kini Huawei memberi alternatif untuk anda. HERE WeGo, sebuah aplikasi navigasi kini tersedia di ekosistem Huawei AppGallery.

Terdahulu, Huawei telah memilih TomTom untuk menjadi aplikasi navigasi utama mereka. Kelihatannya, inisiatif tersebut ditukar kepada aplikasi HERE WeGo sebagai aplikasi navigasi utama dalam ekosistem itu.

Dengan menggunakan HERE WeGo, anda boleh melihat laluan perjalanan seperti dalam aplikasi Waze atau Google Maps. Apa yang menariknya, aplikasi ini membenarkan anda memuat turun peta-peta agar anda dapat mencari laluan perjalanan walaupun tanpa menggunakan internet. Ciri penting seperti status trafik, laluan alternatif, maklumat pengangkutan awam juga tersedia dalam aplikasi ini.

Aplikasi ini sepertinya mempunyai ciri sebaik Waze dan Google Maps. Beritahu kami di laman Facebook jika anda sudah mencubanya dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber:Phonearena melalui GizChina

Exit mobile version