Site icon TechNave BM

Himpunan spesifikasi iPhone 9 dan iPhone 9 Plus, anggaran harga bermula ~RM1,738

Kita sudah sedia maklum berkenaan iPhone 9 yang bakal hadir dengan butang home klasik dan cip A13 Bionic. Banyak juga spesifikasi lain yang telah digembar-gemburkan sejak kemunculan kod iOS 14. Namun, apa yang lebih mengejutkan, penggiat teknologi yang menyelongkar kod iOS 14 turut menemui bukti kemunculan iPhone 9 Plus!

iJika anda merasakan siri iPhone 9 tidak memuaskan hati anda, anda boleh menunggu kemunculan iPhone 12 yang semestinya membawa kelainan dalam dunia iPhone. Siri iPhone 9 dijangkakan menjadi peranti yang lebih berpatutan untuk pengguna yang ingin memiliki iPhone. Gambar di bawah merupakan himpunan spesifikasi ringkas yang diketahui setakat ini. Anda juga dapat melihat harga anggaran iPhone 9 berharga $399 (lebih kurang ~RM1,738) dan iPhone 9 Plus berharga $499 (lebih kurang ~RM2,147).

Adakah anda bakal menyambar iPhone 9 atau iPhone 9 Plus? Atau anda ingin menunggu kemunculan iPhone 12? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: theapplehub

Exit mobile version