Honda mengumumkan pengintegrasian pembantu AI Google Gemini bagi kenderaan yang dilengkapi fungsi Google built-in. Naik naik taraf ini menggantikan sistem Google Assistant sedia ada untuk menawarkan interaksi berasaskan perbualan yang lebih fleksibel semasa memandu.
Sistem Google Gemini membolehkan pemandu berkomunikasi secara semula jadi tanpa perlu bergantung kepada arahan suara khusus atau mengulang maklumat yang telah diberikan. Ia direka untuk memahami konteks perbualan, memproses arahan berlapis serta meminta penjelasan lanjut jika diperlukan.
Integrasi turut menyokong fungsi Gemini Live yang boleh diaktifkan melalui arahan suara mudah seperti “Hey Google, let’s talk”. Cirinya membolehkan pemandu berinteraksi secara bebas bagi tujuan perancangan aktiviti, merangkumkan berita atau mendapatkan idea secara terus dari dalam kenderaan.
Untuk menggunakan fungsi ini, pemandu perlu log masuk ke Akaun Google masing-masing dalam sistem kenderaan. Ia akan dikemas kini secara automatik dari semasa ke semasa untuk meningkatkan keupayaan pemahaman arahan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Honda

