Site icon TechNave BM

HONOR 100 dan HONOR 100 Pro akan dilancar pada 23 November 2023

HONOR bakal melancarkan siri telefon pintar kelas pertengahan HONOR 100 dan HONOR 100 Pro di China pada 23 November 2023. Ia merupakan penyambung kepada siri HONOR 90 yang diperkenalkan pada bulan Mei lalu di China dan pada bulan Julai untuk pasaran Malaysia.

HONOR sudah berkongsi rekaan dua telefon tersebut yang akan ditawarkan dalam dua warna iaitu ungu dan putih. Bonggol kameranya juga nampak sangat unik dengan bentuk bujur untuk HONOR 100 Pro dan bentuk segi empat dengan separuh bulatan besi untuk HONOR 100.

Poster pelancaran untuk siri HONOR 100

Spesifikasinya masih belum diketahui, namun HONOR 100 Pro dikhabar bakal dilengkapi cipset Snapdragon 8 Gen 2 dan pengecasan pantas 100W.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Weibo

Exit mobile version