Site icon TechNave BM

HONOR 10X Lite dilancar: Bateri 5,000mAh, cas pantas 22.5W, skrin 6.67″ berharga ~RM1,118

HONOR hari ini telah melancarkan telefon kelas pertengahan terbaru iaitu HONOR 10X Lite. Ciri menarik yang terdapat pada peranti ini adalah baterinya yang besar dengan kapasiti 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 22.5W yang boleh mengecas 46% selama setengah jam.

HONOR 10x Lite dilengkapi skrin 6.67 inci dengan resolusi Full HD+, RAM 4GB dan storan dalaman 128GB yang boleh dibesarkan sehingga 512GB.

Daripada segi kamera, HONOR 10X Lite dilengkapi empat kamera di belakang yang terdiri daripada kamera utama 48MP, kamera ultra-lebar 8MP dengan sudut penglihatan 120°, kamera makro 2MP dan sensor kedalaman 2MP. Untuk kamera swafoto pula adalah kamera 8MP yang berada dalam lubang punch-hole.

HONOR 10X Lite akan dijual di pasaran Eropah dengan harga €229.9 (~RM1,118) dan setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version