Site icon TechNave BM

HONOR 10X Max dilengkapi skrin 7.09 inci berteknologi RGBW seperti peranti flagship HUAWEI

Baru sahaja semalam kami memaklumkan mengenai HONOR X10 Max yang bakal dilancarkan pada 2 Julai ini. Terkini, HONOR telah memberi spesifikasi terbaru iaitu teknologi skrin RGBW pada HONOR 10X Max.

Teknologi skrin RGBW ialah teknologi skrin sama yang digunakan oleh peranti flagship siri HUAWEI Mate atau HUAWEI P. Teknologi ini bertujuan untuk memberi tahap kecerahan yang tinggi, tetapi menjimatkan penggunaan kuasa.

Menurut sumber, skrin 7.09 inci ini bakal dibekalkan oleh JDI yang menyokong gamut warna sehingga 100% DCI-P3 dan tahap kecerahan sehingga 780 nit.

Terdahulu, kami telah memaklumkan spesifikasi HONOR X10 Max seperti janaan Dimensiti 800 5G, bateri 5000mAh dan lain-lain. Kelihatannya, HONOR X10 Max bakal menyokong sensor cap jari di sisi peranti.

Apakah jangkaan anda mengenai HONOR X10 Max? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: HUAWEIUPDATE

Exit mobile version