Site icon TechNave BM

HONOR 200 Lite ditawarkan secara percuma untuk pelan Maxis Postpaid 109

Maxis hari ini mengumumkan bahawa HONOR 200 Lite kini percuma dengan pelan Maxis Postpaid 109 menjadikannya lebih mampu milik untuk rakyat Malaysia yang mencari telefon 5G. HONOR 200 Lite dijual pada harga RM1,299 dan didatangkan dalam pilihan warna Starry Blue atau Midnight Black.

HONOR 200 Lite dikuasakan oleh MediaTek Dimensity 6080, RAM 16GB RAM, storan 512GB dan bateri 4,500mAh. Selain itu, ia mempunyai skrin yang direka dengan Kaca Bertetulang Ultra Tough serta hadir dengan pelan penggantian percuma depan dan belakang selama setahun. Menariknya, ia turut menerima Pensijilan Rintangan Jatuh Keseluruhan Lima Bintang daripada SGS.

Paparannya menggunakan AMOLED Eye-Comfort 6.7 inci dan pemalapan PWM Bebas Risiko 3,240Hz. Sorotan utama peranti termasuk Magic AI Experience yang merangkumi ciri seperti Magic Portal, Magic Capsule, Parallel Space, HONOR Global Favorites & Shortcut dan AI Blur Private Info. Untuk fotografi, HONOR 200 Lite dilengkapi kamera utama 108MP dan kamera swafoto 50MP.

Untuk maklumat lanjut tentang pelan HONOR 200 Lite Maxis, sila layari laman rasmi Maxis. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version