Site icon TechNave BM

HONOR 30 mungkin akan dilengkapi kamera 50MP mirip Huawei P40

Pelancaran siri HONOR 30 dijangkakan akan berlaku pada April ini dan sekarang beberapa maklumat awal tentang telefon pintar itu sudah pun dibocorkan. Jika sebelum ini HONOR 30 dikatakan mungkin akan mempunyai sebuah sensor kamera yang besar, sekarang maklumat baru mengatakan sensor tersebut mungkin adalah kamera 50MP seperti yang terdapat dalam Huawei P40.

Menurut @OnLeaks di Twitter, beliau memuat naik rupa kasar telefon tersebut dan menyenaraikan spesifikasi yang beliau dakwa didapati daripada sumber dalaman. Kamera utama HONOR 30 mungkin bakal dilengkapi sensor 50MP daripada siri Sony IMX7xx. Selain kamera tersebut, terdapat juga kanta 12MP yang mungkin adalah kanta ultra-lebar dan kanta telefoto 8MP dengan zum optikal 3x.

Setakat ini masih tiada maklumat tentang cipset yang akan digunakan dalam HONOR 30. Kami berpendapat bahawa ia mungkin hadir dengan Kirin 990 memandangkan HONOR 30 bakal menjadi model flagship daripada syarikat tersebut.

Adakah siri HONOR 30 ini berada dalam radar anda? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Diterjemahkan daripada TechNave English

Exit mobile version