Site icon TechNave BM

HONOR 30 Pro+ berada di posisi kedua selepas HUAWEI P40 Pro dalam ujian kamera DxOMark

Terkini, DxOMark telah mengeluarkan markah dan posisi rasmi HONOR 30 Pro+ dalam ujian kameranya. Ulasan dan ujian kamera ini merupakan sesuatu yang sentiasa dinantikan oleh peminat teknologi yang ingin tahu tentang ulasan awal prestasi kamera sesebuah telefon pintar. Apa yang menariknya, HONOR 30 Pro+ berada di kedudukan ke-2 dengan markah keseluruhan 125 selepas flagship Huawei P40 Pro.

Sepintas lalu, HONOR 30 Pro+ dihuni tetapan kamera utama 50MP + 16MP (ultra-lebar) + 8MP (telefoto). Sensor 50MP pada peranti HONOR kali ini adalah sama dengan sensor Huawei P40 Pro, tetapi tanpa fungsi OIS. Anda boleh baca ulasan penuh ujian kamera DxOMark disini sementara kami hanya ingin memfokuskan kepada beberapa ulasan menarik.

Rakaman video menggunakan sensor kamera HONOR 30 Pro+ dilihat tiada cacat cela dengan ketepatan warna walaupun dalam keadaan pencahayaan yang rendah. Penstabilan video juga membantu rakaman video yang lancar!

Tekstur yang dihasilkan melalui sensor kamera HONOR 30 Pro+ juga baik di samping kawalan hingar dalam pelbagai keadaan. Untuk peminat telefon pintar yang sentiasa menelitik aspek kamera, mungkin anda boleh mempertimbangkan HONOR 30 Pro+.

Luahkan komen anda mengenai hal ini di laman Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: DxOMark

Exit mobile version