Site icon TechNave BM

HONOR 400 Series akan tampilkan kebolehan zum jauh dengan AI Super Zoom

Siri HONOR 400 bakal dilancar untuk pasaran Malaysia pada 22 Mei 2025 dan lebih menarik, ini bakal menjadi pelancaran HONOR 400 yang pertama di dunia, selepas ia diperkenalkan untuk pasaran China.

Satu ciri yang menarik pada siri telefon ini adalah AI Super Zoom, di mana kameranya masih boleh mengambil gambar yang cantik walaupun selepas dizum sebanyak 50x. Anda boleh lihat sendiri hasil gambarnya seperti di bawah:

Gambar yang diambil dengan kamera ini diproses dengan AI HONOR IMAGE Engine yang menggunakan inovasi AI generatif untuk meningkatkan butiran gambar.

Untuk spesifikasi kamera, telefon ini dilengkapi kamera utama 200MP Super Sensing Main Camera dengan sensor berukuran 1/1.4 inci, nilai apertur f/1.9 dan penstabilan imej optikal dan elektronik (OIS+EIS). Ia turut mempunyai kamera telefoto AI 50MP dengan sensor Sony IMX856 yang menyokong zum optikal 3x dan kamera ultra-lebar 12MP.

Ia turut mempunyai fungsi suntingan AI Image to Video yang boleh menukarkan sebarang gambar statik kepada video pendek yang bergerak. Beberapa fungsi suntingan gambar lain termasuklah AI Eraser 2.0, AI Cutout, AI Outpainting AI Upscale, Moving Photo Collage dan suntingan potret Harcourt Studio 2.0.

Siri HONOR 400 akan didatangkan dalam tiga varian, iaitu HONOR 400 Pro dengan 12GB+512GB, serta HONOR 400 dalam varian 12GB+256GB dan 12GB+512GB.

Layari laman web HONOR Malaysia jika anda berminat dengan telefon pintar ini. Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version