Site icon TechNave BM

HONOR 50 5G dilancar di Malaysia: Skrin OLED 120Hz, sokong Google Mobile Services bermula RM1,699

HONOR Malaysia hari ini telah melancarkan telefon pintar kelas pertengahan terbaru iaitu HONOR 50 5G yang dilengkapi pelbagai spesifikasi menarik seperti skrin OLED melengkung, cipset Snapdragon 778G dan kamera utama 108MP.

Selain itu, ia turut menyokong perkhidmatan Google Mobile Services (GMS) yang bermakna pengguna boleh mengakses pelbagai aplikasi Google seperti Google Maps, YouTube, Google Docs dan banyak lagi. Malaysia adalah negara pertama yang menerima HONOR 50 selepas pelancarannya di China pada awal bulan ini.

HONOR turut mengetengahkan telefon ini sebagai sebuah alat vlogging di mana kameranya menyokong pelbagai mod khas untuk rakaman video seperti Dual-View Recording, Picture in Picture, Slow-Motion Recording dan banyak lagi.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk HONOR 50 5G:

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk membeli telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version