Site icon TechNave BM

HONOR 50 mula dijual di Malaysia pada hari ini, bermula RM1,699

Selepas pelancarannya pada minggu lepas, peminat HONOR di Malaysia boleh membeli telefon kelas pertengahan terbaru HONOR 50 bermula hari ini, dengan harga bermula RM1,699 untuk varian 6GB+128GB atau RM1,999 untuk varian 8GB+256GB. Pelanggan awal boleh menerima hadiah menarik seperti gelang tangan HONOR Band 6 dan jaminan lanjutan 1+1 tahun.

Untuk pelanggan Digi, mereka boleh memiliki HONOR 50 dengan Pelan Pascabayar Freedom 365 Digi selama 24 bulan di mana anda boleh membuat bayaran bulanan dari RM36 sebulan untuk penjimatan sehingga RM1,135. Pelanggan pelan ini juga akan menerima data internet bulanan 65GB serta percuma 5GB.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk HONOR 50:

Pastikan anda tonton video kami terlebih dahulu untuk mengetahui maklumat lanjut tentang HONOR 50, di mana ia menampilkan kamera dan rekaan yang sangat menarik:

Layari laman web HONOR Malaysia atau kedai-kedai pengedar sah untuk maklumat lanjut tentang pembelian HONOR 50. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version