Site icon TechNave BM

HONOR 50 mungkin akan menjadi telefon pertama dengan cipset Snapdragon 775G!

Sebelum ini, Qualcomm telah melancarkan cipset siri 700 yang terbaru iaitu Snapdragon 780G (nombor model SM7350). Cipset ini boleh dikatakan sebagai versi Lite untuk cipset andalan Snapdragon 888. Namun begitu, Qualcomm dikhabarkan sedang menghasilkan satu lagi cipset dari siri ini yang mungkin diberi nama Snapdragon 775G. Terbaru, sumber dalam talian menandakan bahawa cipset ini mungkin akan diperkenalkan buat kali pertama pada telefon pintar HONOR 50.

HONOR dijangka akan melancarkan telefon pintar siri HONOR 50 tidak lama lagi dengan tiga model berbeza iaitu HONOR 50, HONOR 50 Pro dan HONOR 50 PRo+. Kedua-dua model versi Pro dikhabarkan akan menggunakan cipset Snapdragon 888, manakala versi biasa dengan cipset baru Snapdragon 775G.

Jika benar HONOR sedang bekerjasama dengan Qualcomm untuk cipset Snapdragon 775G, peranti siri baru dari HONOR ini mungkin akan hadir dengan Google Mobile Services (GMS).

HONOR telah berpisah dari HUAWEI setelah HUAWEI mengalami sekatan yang teruk dari kerajaan Amerika Syarikat. Siri HONOR 50 dikatakan mampu menaikkan semula nama HONOR di pasaran telefon pintar masa kini.

Adakah anda berpuas hati dengan berita ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : GSMArena

Exit mobile version