Site icon TechNave BM

HONOR 60 mungkin akan dilancar pada 1 Disember 2021

Pada bulan lepas, HONOR Malaysia telah melancarkan telefon pintar kelas pertengahan HONOR 50 yang merupakan telefon HONOR pertama dilengkapi fungsi Google Mobile Services (GMS) sejak mereka berpisah daripada HUAWEI. Kini, HONOR dikhabarkan bakal melancarkan sekuel kepada telefon tersebut iaitu HONOR 60.

Menurut sumber, HONOR 60 mungkin akan dilancar di China pada hari pertama Disember 2021. Sungguh pun begitu, tarikh ini sekadar perancangan tentatif awal dan mungkin akan diubah apabila kita semakin dekat dengan tarikh tersebut.

Setakat ini masih tiada maklumat tentang rupa atau spesifikasi telefon itu. Pada awalnya, ia dikhabarkan bakal dilengkapi cipset Snapdragon 870, namun sumber yang sama turut mengatakan bahawa HONOR 60 tidak akan dilengkapi cipset tersebut. Selain itu, ia dijangka akan mempunyai fungsi GMS seperti yang terdapat dalam HONOR 50.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version