Site icon TechNave BM

HONOR 600 Lite rasmi di Malaysia dengan RAM 24GB dan bateri 6,520mAh berharga RM1,399

HONOR 600 Lite kini dilancarkan secara rasmi untuk pasaran Malaysia yang menonjolkan kapasiti RAM 24GB dan storan 256GB dipadankan dengan pemproses MediaTek Dimensity 7100 Elite. Peranti ini menggunakan binaan metal unibody dengan rekaan bingkai rata bagi memberikan rasa premium.

Skrin peranti menggunakan panel AMOLED 1.5K yang dilengkapi teknologi pemalapan PWM 3840 Hz bagi tujuan perlindungan mata. Aspek kuasa dibekalkan oleh bateri berkapasiti 6,520mAh yang menyokong pengecasan pantas HONOR SuperCharge 45W melalui sambungan berwayar.

Sistem kamera utama mempunyai resolusi 108MP dengan apertur f/1.75 bagi rakaman dalam pelbagai keadaan pencahayaan. HONOR turut melengkapkan peranti ini dengan Butang AI untuk capaian pantas kepada fungsi AI Memories, AI Screen Suggestions dan Google Lens. Alat suntingan fotografi AI seperti AI Eraser, AI Upscale serta AI Outpainting juga tersedia.

Ketahanan model diperkukuh dengan penarafan rintangan air dan habuk IP66 serta pensijilan SGS 5-Star Drop Resistance. HONOR 600 Lite boleh didapati dalam pilihan warna Desert Gold dan Velvet Grey di semua pengedar sah seluruh negara. Pembelian bagi tempoh terhad melayakkan pelanggan menerima rebat segera RM100 serta waranti lanjutan 1+1 tahun yang bernilai RM99.

HONOR 600 Lite kini ditawarkan di Malaysia pada harga rasmi RM1,399. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version