Site icon TechNave BM

HONOR 70 bakal dilancar pada 18 Ogos 2022: Miliki kamera 54MP sesuai untuk suasana cahaya malap

HONOR Malaysia mengumumkan ketibaan model terbaharunya HONOR 70 yang akan dilancarkan pada 18 Ogos ini, jam 8 malam. HONOR 70 membawa slogan “Telefon Pintar Paling Estetik Tahun Ini” akan bersiaran secara langsung di laman Facebook HONOR Malaysia.

HONOR 70 membawa reka bentuk gelas kristal menghasilkan corak seperti bentuk berlian dengan hanya seberat 178g. Selain itu, ia masih mengekalkan kamera dwi bulatan terdiri dengan sensor super IMX800 54MP, ultra lebar, makro 5MP dan kamera kedalaman.

Peranti ini dapat menghasilkan gambar yang jelas dan terang  dengan gabungan sensor super IMX800 54MP dan HONOR Image Engine Computing Image Platform. Ia membawa saiz sensor 1/1.49 untuk meningkatkan kejelasan dan warna gambar dalam suasana cahaya rendah termasuk cahaya backlit lanskap dan potret, mod malam, potret malam mahupun swafoto HD.

Ketahui lebih lanjut di laman web rasmi HONOR atau langgani laman Facebook HONOR Malaysia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version