Site icon TechNave BM

HONOR 9A diumumkan di Malaysia: Bateri 5000mAh, tiga kamera utama berharga RM549

Terkini, HONOR Malaysia telah melancarkan peranti kelas permulaan, HONOR 9A di pasaran Malaysia. Sejajar dengan kelasnya, peranti ini boleh dimiliki dengan harga mesra poket, RM549 sahaja.

Penawaran spesifikasi untuk peranti kelas permulaan ini agak baik. HONOR 9A dilengkapi bateri berkapasiti besar 5000mAh yang mampu bertahan sehingga 35 jam, storan 64GB dan tetapan tiga kamera utama. Semak spesifikasi lanjut di pautan ini atau semak spesifikasi asas di bawah.

HONOR 9A boleh didapati dalam tiga pilihan warna iaitu Phantom Blue, Ice Green dan Midnight Black. Peranti kelas permulaan ini hadir di pasaran Malaysia dengan harga RM549. Anda boleh mendapatkannya secara dalam talian melalui laman Hihonor bermula 26 Jun atau pra tempah secara luar talian di HONOR Experience Store bermula 26 Jun sehingga 5 Julai.

Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version