Site icon TechNave BM

HONOR 9S dilancar di Malaysia: Bateri 3,020mAh, skrin FullView 5.45 inci bermula RM359

HONOR Malaysia hari ini telah melancarkan telefon pintar kelas permulaan iaitu HONOR 9S. Telefon ini akan mula dijual di laman web HONOR dan pengedar sah bermula hari Isnin, 28 September 2020.

Antara spesifikasi menarik dalam HONOR 9S termasuklah bateri 3,020mAh, storan dalaman 32GB dan skrin FullView Display berukuran 5.45 inci dengan resolusi 1440 x 720. Sempadan bezel di tepi skrin juga agak nipis, dengan ketebalan 8.35mm sahaja.

HONOR 9S mempunyai storan dalaman 32GB yang boleh dibesarkan dengan kad microSD manakala kameranya pula adalah kamera utama 8MP f/2.0 dan kamera swafoto 5MP. Telefon ini dilengkapi perisian Magic UI 3.1 dan tidak menyokong Google Mobile Services (GMS).

Dengan berat 144 gram, HONOR 9S adalah produk yang ringan dan sesuai untuk dijadikan telefon pintar pertama buat golongan muda yang tidak pernah memiliki telefon. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan peranti ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version