Site icon TechNave BM

HONOR 9X Lite Malaysia diumumkan berharga RM699, Magic Earbuds berharga RM399 dan lain-lain

Terkini, HONOR Malaysia telah mengumumkan harga rasmi HONOR 9X Lite bersama HONOR Magic Earbuds dan HONOR Scale 2. Untuk pengetahuan anda, HONOR Malaysia juga ada membuat penawaran menarik untuk pembelian ketiga-tiga produk tersebut.

HONOR 9X Lite diumumkan dengan harga RM699. Pelanggan yang menyambar peranti ini melalui laman web rasmi Hihonor akan dapat membawa pulang hadiah bernilai RM219 termasuklah powerbank HONOR 10,000mAh dan baucar bernilai RM70. Jika anda membelinya di HONOR Experience Store atau Shopee, anda akan mendapat powerbank percuma HONOR 10,000mAh sahaja.

Magic Earbuds yang diumumkan sebenarnya berharga RM499. Namunm anda boleh mendapatkannya dengan harga pengenalan RM399 sahaja dalam pilihan warna Pearl White. Jika anda membelinya melalui Hihonor, Shopee atau SenQ, anda dapat membawa pulang HONOR Scale 2 yang bernilai RM99 secara percuma! Ingin membeli HONOR Scale 2? Beli melalui Lazada atau Shopee dan bawa pulang mug HONOR.

Untuk menyemak spesifikasi HONOR 9X Lite, anda boleh mengunjungi pautan ini. Nantikan ulasan HONOR 9X Lite melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Exit mobile version