Site icon TechNave BM

HONOR 9X Pro diumumkan, dilengkapi Kirin 810 dan sistem penyejukan cecair, harga bermula ~RM1,144

Hari ini HONOR melancarkan telefon pintarnya yang terbaru, HONOR 9X Pro, dalam sebuah sidang media di Barcelona, Sepanyol. Ia akan dikuasai oleh cipset Kirin 810 yang dibina dengan DaVinci Architecture untuk prestasi yang lebih pantas.

Telefon itu dilengkapi sebuah sistem penyejukan cecair di mana HONOR mengatakan mampu mengurangkan suhu telefon sebanyak 5° Celcius. Daripada segi memori pula, ia dilengkapi RAM 6GB dan storan 256GB yang boleh dibesarkan sehingga 512GB. Skrinnya pula adalah paparan HONOR FullView berukuran 6.59 inci dengan nisbah skrin-ke-badan sebanyak 84.7%.

Daripada segi kamera pula, ia terdiri daripada tiga kanta iaitu kamera utama 48MP + kanta ultra-lebar super 8MP + pengesan kedalaman 2MP manakala kamera hadapan pula adalah kamera pop-up 16MP. Kameranya juga mempunyai ciri AIS (AI Image Stabilisation) Super Night Mode 2.0 untuk tangkapan gambar yang jelas dalam keadaan malap.

Ia akan dijual dalam pasaran Eropah dengan harga €249 (~RM1,144). Masih tiada maklumat tentang harga untuk pasaran Malaysia namun peminat HONOR tempatan boleh menjangkakan telefon ini untuk dijual bermula bulan Mac.

Anda boleh baca pandangan pertama kami tentang HONOR 9X Pro di sini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk membelinya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version