Site icon TechNave BM

Honor akan anjur acara dalam talian untuk ganti ketiadaan MWC

Kongres Mudah Alih Sedunia (MWC) 2020 sudah pun dibatalkan namun beberapa syarikat yang dijadualkan untuk menyertainya masih ingin mempamerkan produk-produk baru mereka. Ini termasuklah Honor yang akan menganjurkan acara mereka sendiri untuk mengumumkan produk-produknya.

Honor akan mengadakan sebuah majlis pelancaran dalam talian pada 24 Februari yang akan ditayangkan secara langsung di Facebook, Twitter, YouTube dan laman web rasminya.

Kita masih tidak pasti apakah produk yang akan diumumkan dalam lintas langsung tersebut. Media melaporkan bahawa produk Honor yang sepatutnya diumumkan dalam MWC adalah V30 Pro, Honor 9X Pro, laptop MagicBook, earphone wayarles dan MagicWatch 2 edisi khas.

Beberapa syarikat lain juga akan menganjurkan acara mereka sendiri. Beritahu kami di Facebook jika anda akan mengikuti acara dalam talian Honor dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version