Site icon TechNave BM

HONOR akan lancar telefon pintar 9X Pro dan laptop MagicBook di Malaysia tidak lama lagi

HONOR sudah pun mengesahkan bahawa mereka akan tetap menganjurkan majlis mereka sendiri di Barcelona walaupun dengan pembatalan MWC. Majlis itu yang dinamakan HONOR All-Scenario Intelligence Conference akan diadakan pada 24 Februari jam 6:30 petang CET (25 Februari jam 1:30 pagi waktu Malaysia) dan ia akan ditayangkan secara langsung di laman web HONOR antarabangsa.

Peminat HONOR di Malaysia boleh menjangkakan telefon terbaru daripada syarikat itu, HONOR 9X Pro, serta laptop HONOR MagicBook akan dilancarkan untuk pasaran Malaysia dalam masa terdekat.

Masih tidak dipastikan jika HONOR akan mengumumkan produk-produk lain dalam majlis tersebut. Media melaporkan bahawa produk yang dikhabarkan akan diumum oleh HONOR ialah V30 Pro, earphone wayarles dan MagicWatch 2 edisi khas.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk mendapatkan HONOR 9X Pro pada masa akan datang. TechNave akan berada di Barcelona untuk membuat liputan khas tentang produk-produk baru HONOR jadi teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita terkini daripada majlis tersebut.

Exit mobile version