Site icon TechNave BM

HONOR akan lancarkan X10 Max & X10 Pro dalam masa terdekat

Selepas melancarkan HONOR X10 pada bulan lalu, HONOR merancang untuk meluaskan varian telefon dalam siri tersebut dengan HONOR X10 Max dan HONOR X10 Pro dalam masa terdekat.

Menurut sumber daripada Weibo, HONOR X10 Max bakal dilengkapi skrin sebesar 7.09 inci, membuatkannya antara telefon terbesar dalam industri dan hampir menyerupai saiz tablet.

Selain itu, HONOR X10 Max pada asalnya dirancang untuk dilancarkan bersama cipset Dimensity 1000+, namun disebabkan kekangan dalam bekalan, HONOR terpaksa melancarkan dengan cipset Dimensity 800.

HONOR X10 Pro pula akan dilancarkan selepas X10 Max, namun butiran tentangnya masih tidak diketahui. Sumber Weibo mengatakan ia mempunyai ‘saiz biasa’ jadi mungkin ia mempunyai skrin yang sama dengan HONOR X10 bersaiz 6.63 inci.

Namun, ini masih tidak disahkan oleh HONOR secara rasmi. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan varian X10 baru ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version