Site icon TechNave BM

HONOR bakal lancarkan barisan peranti baharu di IFA 2 September ini

HONOR akan menghadiri International Franchise Association (IFA) tahun ini sambil memberikan beberapa butiran peranti yang dibawa. Ucaptama (Keynote) IFA oleh HONOR akan diadakan di Berlin dan juga dalam talian melalui strim langsung.

Bagi yang berminat anda boleh menonton strim langsung pada 2 September, 11 malam waktu Malaysia. HONOR mengatakan bahawa mereka akan mendedahkan keseluruhan barisan produk menarik untuk diperkenalkan pada acara itu.

Berdasarkan imej diatas, pelbagai jenis peranti yang berbeza termasuk telefon, komputer riba, tablet, fon telinga TWS dan juga sebuah rumah yang mungkin menunjukkan tempat yang sesuai untuk menggunakan produk HONOR. 

Kami amat tertunggu-tunggu untuk melihat peranti yang bakal dilancarkan pada 2 September ini. Mungkin akan terdapat beberapa butiran yang akan didedahkan menjelang acara tersebut. Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: GSMArena

Exit mobile version