Site icon TechNave BM

HONOR bakal lancarkan HONOR V40 tak lama lagi, telefon pertama selepas keluar HUAWEI

Seperti yang anda tahu, baru-baru ini HUAWEI telah menjual jenama HONOR kepada sebuah syarikat di China bernama Shenzen Zhixin New Information Technology. Kini, sumber terbaru menyatakan HONOR bakal melancarkan telefon pertama selepas perpisahan dengan HUAWEI yang diberi nama HONOR V40.

Sumber juga menyatakan bahawa peranti ini hadir dengan nama kod YORK dengan nombor model YOK-AN10. Bukan itu sahaja, disebabkan kekurangan cipset Kirin, peranti terbaru HONOR ini mungkin akan hadir dengan satu varian sahaja bukannya dua.

Ini bermakna varian HONOR V40 dengan cipset Kirin tidak akan memasuki pasaran meninggalkan satu varian sahaja dengan cipset Mediatek. Peranti ini mungkin dilengkapi cipset andalan Mediatek iaitu Dimensity 1000+ ataupun cipset baru 6nm MT6893.

HONOR V30 Pro

HONOR V40 ini mungkin akan hadir dengan aplikasi Google seperti YouTube, Google Mail dan Google Maps kerana ia tidak lagi dimiliki oleh syarikat HUAWEI.

Adakah anda menantikan peranti terbaru HONOR ini? Komen di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : GSMArena

Exit mobile version