HONOR Malaysia baru sahaja memuat naik poster di Facebook yang mengacah kedatangan telefon pintar baharu yang akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi. Pengarah Negara HONOR Malaysia, Justin Li menggambarkan peranti ini sebagai gabungan estetika dengan sokongan AI dan fotografi yang canggih.
Pada VivaTech 2024, Ketua Pegawai Eksekutif HONOR Device Co. Ltd, George Zhao menekankan kelebihan AI pada peranti berbanding AI berasaskan Awan (Cloud). AI pada peranti menawarkan keselamatan yang lebih baik kerana pengurangan risiko kebocoran data dan mampu melaksanakan pembelajaran mendalam terhadap tingkah laku pengguna. Ini membolehkan peranti HONOR memahami dan berinteraksi dengan pengguna dengan lebih baik.
Fungsi AI pada peranti HONOR kini telah digunakan dalam siri HONOR Magic dan akan disepadukan ke dalam semua produk kelas pertengahan hingga kelas atasan HONOR pada masa hadapan. Produk baharu HONOR yang akan datang di Malaysia juga akan dilengkapi dengan fungsi AI terkini serta teknologi pengimejan yang setanding dengan kamera profesional.
HONOR turut bekerjasama dengan studio fotografi lagenda Paris untuk menghasilkan sistem kamera baharu yang membolehkan pengguna menangkap gambar potret berkualiti studio. Nantikan maklumat lanjut mengenai telefon pintar flagship AI ini dalam minggu yang akan datang atau lawati atau laman web rasmi HONOR untuk ketahui lebih lanjut.
Beritahu pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

