Site icon TechNave BM

HONOR Band 9 dilancar di Malaysia: Jam tangan pintar dengan skrin AMOLED 1.57″ berharga RM199

HONOR Malaysia telah melancarkan jam tangan pintar terbaru iaitu HONOR Band 9. Ia menampilkan skrin AMOLED berukuran 1.57 inci dengan kadar segar semula 60Hz supaya pengguna boleh melihat notifikasi seperti cuaca, mesej dan lain-lain dengan lebih jelas.

Produk ini menyediakan 96 pilihan latihan kecergasan, penilaian tubuh dan pengambilan oksigen bagi memudahkan penjagaan kesihatan pengguna. Baterinya pula boleh bertahan sehingga 14 hari, dan ia turut boleh dilekatkan kepada pengecas secara magnetik.

Tali jamnya disediakan dalam warna hitam, ungu dan biru. Dengan Quick-Release Mechanism, pengguna juga boleh menukar tali jam dengan mudah.

Ia juga boleh digunakan dengan telefon pintar HONOR untuk fungsi Find Your Phone, alat kawalan jauh untuk mengambil gambar (Remote Shutter), alat kawalan muzik dan banyak lagi.

HONOR Band 9 akan dijual pada harga RM199 untuk pasaran Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version