Site icon TechNave BM

HONOR bekerjasama dengan Microsoft untuk hasilkan komputer riba baru

HONOR telah menandatangani kerjasama dengan syarikat teknologi Amerika Syarikat, Microsoft, untuk menghasilkan siri komputer riba baru yang dilengkapi sistem operasi Microsoft Windows 10. Ini adalah kerjasama terbaru di antara HONOR dengan syarikat Amerika Syarikat selepas ia menjalinkan kerjasama dengan Qualcomm.

Melalui kerjasama ini, siri komputer riba HONOR MagicBook baru yang dilengkapi Windows 10 serta pemproses Intel Core i5 akan dilancar di China dan pasaran antarabangsa pada Januari 2021.

Pada bulan November, HONOR telah pun berpisah daripada syarikat naungannya, HUAWEI. Sebagai jenama yang bergerak sendiri, kini HONOR mempunyai kebebasan untuk berurusan dengan syarikat Amerika Syarikat kerana larangan dagangan yang dikenakan terhadap HUAWEI tidak lagi dikenakan kepada HONOR.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan komputer riba HONOR pada tahun depan dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: China Daily

Exit mobile version