Site icon TechNave BM

HONOR dedahkan paten, mungkin hasilkan telefon boleh lipat berbilang arah

Terbaharu, HONOR mungkin sedang membuat telefon boleh lipat yang luar biasa menurut paten yang didedahkan sumber. Ia adalah telefon lipat luar biasa kerana mempunyai mekanisme lipatan berbilang arah menurut gambar rajah paten yang didedahkan.

Walaupun fungsi yang tepat masih tidak jelas, ia boleh jadi di mana lipatan hanya berlaku untuk empat arah mengikut engsel yang berbentuk ‘+’. Paten juga menggambarkan beberapa variasi mekanisme yang semuanya menampilkan elemen penghubung pusat.

Ini boleh menjadi satu cara untuk mengekalkan ketahanan struktur walaupun kerumitan lipatan meningkat. Tiada jaminan yang HONOR akan benar-benar membangunkan atau melancarkan peranti sedemikian. Ia menimbulkan persoalan tentang potensi manfaat dan cabaran reka bentuk.

Adakah ia lebih serba boleh tetapi kurang tahan lama dan bagaimanakah antara muka pengguna yang digunakan nanti? Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 91mobiles

Exit mobile version