Site icon TechNave BM

HONOR dilapor sudah dapat lesen Google, HONOR V40 mungkin ada servis Google

Sebelum ini, ura-ura mengenai peranti HONOR yang bakal hadir kembali dengan Google Mobile Services (GMS) sudah dijangkakan, setelah ia “merdeka” daripada HUAWEI yang masih mengalami tekanan daripada kerajaan AS. Kini, terdapat sumber yang melaporkan bahawa HONOR sudah mendapat lesen dari Google.

Menurut sumber, HONOR sudah mendapat lesen beberapa bulan lepas untuk mengeluarkan telefon pintar terbaru 5G dengan GMS. Dijangkakan, HONOR V40 yang akan dilancar 22 Januari ini mempunyai servis Google.

Sepintas lalu, HONOR V40 akan dilengkapi MediaTek Dimensity 1000+, skrin OLED 6.72 inci 120Hz, kamera kuad 50MP dan sokongan cas pantas 66W berwayar + 55W wayarles.

Persoalan yang masih ada setakat ini adalah; adakah peranti HONOR masih menggunakan sistem operasi Magic UI atau antara muka terbaru? Pastinya kita perlu pelancaran rasminya pada 22 Januari 2021.

Komen pandangan anda mengenai berita ini di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version