Site icon TechNave BM

HONOR Earbuds 3 Pro dilancar di Malaysia: Sensor suhu, Adaptive ANC dan pengecasan wayarles berharga RM699

HONOR Magic4 Pro memulakan pelancaran jualannya pada Sabtu lepas dengan sambutan yang positif. Pelanggan yang membeli semasa tempoh pelancaran jualan akan layak mendapat hadiah percuma bernilai sehingga RM 1,207 termasuk HONOR Earbuds 3 Pro baharu bernilai RM699, jaminan lanjutan setahun dan perlindungan skrin selama 6 bulan.

Kini, HONOR Earbuds 3 Pro dilancar secara rasmi dalam pasaran Malaysia. HONOR Earbuds 3 Pro dilengkapi dengan ciri Pemantauan Suhu AI yang memantau data pengguna dengan penderia terbina dalam dan algoritma AI. Ia secara bijak mengecam bunyi ambien dan menukar antara tiga mod iaitu Pembatalan Bunyi Aktif Adaptif (Adaptive ANC), Ultra, Umum dan Selesa.

Pengguna boleh memilih mod Ultra untuk mendengar muzik bebas hingar dengan menyekat gelombang sehingga 46 dB. HONOR Earbuds 3 Pro hadir dengan teknologi Call Noise AI Cancellation bagi pengurangan hingar panggilan termasuk angin, suara latar belakang dan gema sambil memfokuskan kepada vokal sahaja.

HONOR Earbuds 3 Pro ialah fon telinga TWS pertama di dunia yang menampilkan teknologi pengecasan pantas 5C dengan jangka hayat bateri sehingga 36 jam tanpa bekas pengecasan. 5 minit pengecasan membolehkan pengguna memainkan lagu sehingga 2 jam dan 10 minit pengecasan boleh meningkatkan hayat bateri kepad 65%.

Selain itu, pengguna boleh mengecas semula kes pengecas mereka secara wayarles dengan HONOR Magic4 Pro. Anda dijemput hadir ke acara pembukaan HONOR Experience Store di Pavilion Elite 19 Jun ini untuk membeli HONOR Magic4 Pro dan berpeluang memenangi hadiah percuma termasuk HONOR Earbuds 3 Pro.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version