Site icon TechNave BM

HONOR Earbuds 3 Pro dilancar: Miliki sensor suhu, ANC, bateri tahan 24 jam berharga ~RM590

HONOR telah melancarkan fon telinga Earbuds 3 Pro selepas mengumumkannya di MWC 2022 pada Februari lalu. HONOR Earbuds 3 Pro mempunyai dwi-unit sepaksi dengan gegelung amplitud bergerak dan tweeter seramik. Ia juga dikatakan sebagai yang pertama memperoleh pensijilan pengurangan hingar tahap A-tingkat tertinggi.

Earbuds 3 Pro ialah fon telinga pertama yang menyokong pengukuran suhu badan dengan jalur ketepatan yang mengagumkan dengan 0.3 darjah Celsius dan dilengkapi dengan teknologi pengecasan pantas 5C. Peranti ini menampilkan reka bentuk yang eksklusif dan padat serta beratnya kira-kira 5.1g.

Ia menawarkan ciri reka bentuk pengaliran rongga akustik dua lubang di hadapan dan belakang. Ia juga direka untuk mengimbangi tekanan udara dan bunyi dengan berkesan untuk pengalaman mendengar yang optimum. Sambungannya serasi dengan peranti iOS dan Android termasuk telefon pintar HONOR dan Samsung.

Teknologi pengecasan pantas membolehkan peranti ini dicas sepenuhnya dalam masa kurang 30 minit. Ia menawarkan 24 jam main balik apabila menggabungkan bateri dan sarung pengecasan digabungkan. HONOR Earbuds 3 Pro berharga 899 yuan (~RM590).

Adakah anda berminat dengan fon telinga HONOR Earbuds 3 Pro ini? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version