Site icon TechNave BM

HONOR Experience Store terbesar luar China akan dilancar di Johor Bahru

HONOR bakal membuka Kedai HONOR Experience dan Pusat Servis terbesar di luar negara, bertempat di The Mall, Mid Valley Southkey, Johor Bahru pada 26 Julai 2025. Kedai ini bakal menjadi destinasi premium untuk produk-produk HONOR di mana ia menggabungkan jualan, khidmat pasca jualan dan pengalaman produk.

Sempena pembukaan kedai ini, 200 pelanggan pertama yang menyukai, mengongsi laman Facebook rasmi HONOR Malaysia serta memberikan ulasan di Google untuk kedai baharu tersebut pada 26 Julai berpeluang memenangi sebuah pembersih robot.

Selain itu, para pelanggan yang membuat pembelian melebihi RM1,000 dalam satu resit sehingga 27 Julai layak menyertai cabutan bertuah dengan hadiah bernilai sehingga RM40,000.

Dalam kedai ini, anda berpeluang mencuba dan meneroka rangkaian produk HONOR yang pelbagai, seperti telefon lipat HONOR Magic V5 yang canggih dan tahan lasak, dijual pada harga RM6,999. Pelanggan yang membeli telefon lipat ini akan menerima hadiah bernilai RM2,697 yang terdiri daripada HONOR CHOICE Earbuds Clip, Perlindungan Keretakan Tanpa Bimbang 1 Tahun dan Jaminan Kualiti Tanpa Bimbang 2 Tahun.

Layari laman web HONOR Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai kedai ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version