Site icon TechNave BM

HONOR hasilkan produk paling banyak untuk Q4 2021, menangi 29 anugerah di MWC 2022

Pameran Mobile World Congress (MWC) Barcelona 2022 yang berlangsung di Sepanyol baru-baru ini telah menyaksikan HONOR merangkul sebanyak 29 anugerah termasuk lebih separuh anugerah yang dimenangi oleh siri HONOR Magic4.

Siri HONOR Magic4 ialah telefon pintar flagship terbaru daripada HONOR yang digelar sebagai “Pain Point Killer”. Kemenangan anugerah-anugerah siri ini di MWC juga terbukti teknologi dan inovatif canggih yang dibawa olehnya mendapat pengiktifan dunia.

Selepas pelancaran di MWC,  penjelajahan dunia siri HONOR Magic4 akan bermula di Eropah dan bakal dibawa ke pasaran Malaysia dalam masa yang terdekat . Ini kerana Malaysia antara negara yang penting untuk HONOR memantapkan jenamanya secara global.

Prestasi jualan siri HONOR Magic3 dan telefon lipat pertama HONOR Magic V yang memberangsangkan juga menempatkan HONOR di kedudukan pertama dalam pengeluaran stok telefon pintar Android di China pada suku keempat tahun 2021.

Antara sebab yang menyumbang kepada prestasi cemerlang HONOR di pasaran tersebut ialah keupayaan dan keberkesanan HONOR dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D). Dalam tempoh masa setahun setengah, HONOR berjaya melancarkan tiga produk kelas andalan dan mendapat sambutan hangat di pasaran.

Bagi memantapkan kedudukannya di pasaran global, HONOR mengeksport produk-produknya ke lebih 100 negara, mempunyai 6 pusat R&D dan lebih 100 makmal inovasi dengan lebih 11,000 pekerja di seluruh dunia.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version