Site icon TechNave BM

HONOR kongsi proses pembangunan Magic4 Pro sebelum pelancaran di Malaysia

Sebelum melancarkan HONOR Magic4 Pro di Malaysia, HONOR mendedahkan kualiti dalam peranti ini dengan memberikan butiran mengenai proses pembangunannya. Di bawah merupakan beberapa pembangunan spesifkasi HONOR Magic4 Pro.

HONOR Magic4 Pro dilengkapi dengan ciri AI Privacy Call yang pertama dalam industri. Teknologi ini tersebut menggunakan Unit Pancaran Bunyi Dual Pintar yang memerlukan alat konduksi tulang khas bagi menyelesaikan masalah ketirisan bunyi dalam telefon pintar.

Pemasangan alat konduksi tulang memerlukan ketepatan yang sangat tinggi kerana kesilapan kecil boleh menjejaskan skrin. Oleh itu, pasukan Research and Development (R&D) mengambil masa selama tiga bulan menggunakan penglihatan komputer dan algoritma yang optimum untuk mencapai ketepatan 0.01mm yang memberikan kadar hasil 99.99%.

Daripada segi fotografi, HONOR Magic4 Pro dinaik taraf daripada model sebelumnya dengan algoritma AI untuk imej yang lebih jelas dan warna asli. Proses ini melibatkan 100 ujian jarak penuh panjang tumpuan dan platform digital untuk mengumpul data 300 parameter ke atas dalam masa sebenar bagi memastikan keseragaman dan kualiti kepenggunaan.

Berdasarkan data daripada makmal kualiti syarikat, peranti mempunyai nilai SAR 56% lebih rendah daripada peranti standard antarabangsa. Teknologi lengan robotik enam paksi, kamera berketepatan tinggi dan algoritma penglihatan komputer dengan kadar ketepatan ±0.075mm menghasilkan toleransi pembuatan 0.1mm. 

HONOR Magic4 Pro sepertinya antara peranti andalan yang akan ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version