Site icon TechNave BM

HONOR lancar Watch GS Pro bateri 25 hari, MagicBook Pro AMD Ryzen 5 dan banyak lagi di IFA 2020

Terkini, HONOR baru sahaja melancarkan beberapa barisan produk untuk menambah ahli keluarga, sekaligus memperbesar ekosistemnya. Antara produk utama yang diperkenal adalah jam tangan pintar HONOR Watch GS Pro, HONOR Watch ES dan komputer riba HONOR MagicBook Pro.

HONOR Watch GS Pro hadir adalah jam tangan pintar tahan lasak dengan ketahanan bateri sehingga 25 hari, standard tahan lasak 14 MIL-STD-810G dan 100 mod senaman dan aktiviti. Ia akan tersedia di pasaran luar terlebih dahulu dengan harga €249.9 (~RM1,228).

HONOR Watch GS Pro
HONOR Watch ES

HONOR Watch ES pula merupakan jam tangan dengan fungsi penjejak kesihatan. Ia dilengkapi skrin AMOLED 1.64 inci, 95 mod senaman, 12 kursus animasi senaman dengan penjejakan bukan sahaja kesihatan fizikal, tetapi juga dari aspek kesihatan mental. Ia bakal tersedia di pasaran luar terlebih dahulu dengan harga €99.9 (~RM491).

Sebelum ini, anda mungkin sudah mendengar mengenai HONOR MagicBook, MagicBook 14/15. HONOR MagicBook Pro kini hadir dengan pemproses AMD Ryzen 5 4600H, Radeon Graphics, 512GB PCIe NVMe SSD, RAM dwi-saluran DDR4 16GB DDR4 dan skrin FullView 16 inci. Ia bakal tersedia di pasaran luar terdahulu dengan harga €899.9 (~RM4,425).

HONOR MagicBook Pro

Selain dari barisan produk yang dinyatakan, HONOR turut mengumumkan HONOR Pad 6, tiga produk HONOR Choice iaitu Percussion Massage Gun EVO, usmile Sonic Electric Toothbrush P1001 dan Antibacterial Cordless Vacuum Cleaner.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh mengunjungi laman web rasmi hiHONOR (setiap produk akan dikemaskini selepas pelancarannya).

Kami akan memaklumkan sekiranya terdapat pengumuman harga rasmi di Malaysia berkenaan produk-produk yang dinyatakan. Adakah anda berminat? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version