Site icon TechNave BM

HONOR Magic Earbuds akan dilancarkan bersama HONOR 9X Lite di Malaysia 27 Mei ini

HONOR Malaysia terdahulu mengumumkan HONOR 9X Lite yang bakal hadir di pasaran Malaysia. Terkini, HONOR Malaysia turut mengumumkan bahawa HONOR Magic Earbuds dan alat timbang berat HONOR Scale 2 akan turut dilancarkan bersama pada 27 Mei ini.

Untuk pengetahuan anda, HONOR 9X Lite bakal dihuni tetapan kamera AI 48MP bersama 2MP sensor kedalaman. Ia hadir dengan paparan HONOR FullView Display 6.5-inci dan storan 128GB yang boleh diperluaskan storannya sehingga 512GB. Earphone wayarles HONOR Magic Earbuds bakal hadir dengan teknologi pembatalan hingar aktif hibrid dan kualiti bunyi imersif.

HONOR Scale 2 merupakan pelopor seterusnya kepada produk sebelum ini, HONOR Smart Scale dengan teknologi HUAWEI TrueFit. Bukan itu sahaja, Scale 2 juga hadir dengan sokongan Bluetooth yang membenarkan pengukuran berat badan dan peratus lemak dalam badan.

Adakah anda akan mendapatkannya? Beritahu kami di laman Facebook dan nantikan berita pelancarannya melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Exit mobile version