Site icon TechNave BM

HONOR Magic V dilancar: Telefon lipat pertama dengan Snapdragon 8 Gen 1 bermula ~RM6,595

Pada hari ini, HONOR telah melancarkan telefon pintar lipatnya yang pertama iaitu HONOR Magic V. Ia menampilkan pelbagai spesifikasi andalan seperti kebanyakan telefon lipat lain, namun satu ciri yang unik tentangnya adalah ia merupakan telefon lipat pertama yang dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1.

Untuk skrin pula, skrin hadapannya mempunyai panel OLED, berukuran 6.45 inci, resolusi 2560×1080, nisbah aspek 21.3:9 dan kadar segar semula 120Hz. Skrin utamanya pula berukuran 7.9 inci, resolusi 2272×1984, nisbah aspek 10.3:9 dan kadar segar semula 90Hz.

Selain ukuran yang agak besar, skrin telefon ini mempunyai gamut warna DCI-P3, pengiktirafan HDR10+ dan boleh menjana 1 bilion warna. Kedua-dua skrin hadapan dan utama mempunyai kamera swafoto 42MP yang berada dalam lubang tebuk (punch hole) kecil di bahagian atas.

HONOR Magic V turut mempunyai spesifikasi kamera yang agak mengagumkan, di mana ia terdiri daripada kamera utama 50MP, kamera ultra-lebar 50MP dan kamera peningkatan spektrum (spectrum enhanced) 50MP. Kameranya juga menyokong profil warna IMAX Enhanced untuk rakaman video yang lebih sinematik.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk HONOR Magic V:

Setakat ini, HONOR Magic V hanya akan dijual di China dan tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version