Site icon TechNave BM

HONOR Magic V Flip akan dilancar pada 13 Jun 2024

HONOR akan melancarkan telefon lipat gaya kerang iaitu Magic V Flip pada 13 Jun ini di China. Jenama ini secara rasmi telah mengumumkan tarikh pelancaran dan telefon ini kini akttif untuk tempahan di laman web rasmi HONOR China. Penyenaraian tersebut telah mendedahkan konfigurasi dan pilihan warna peranti ini, menimbulkan jangkaan di kalangan peminat teknologi.

HONOR Magic V Flip akan tersedia dalam tiga konfigurasi iaitu RAM 12GB dengan storan 256GB, 512 GB atau 1 TB storan. Pelanggan boleh memilih daripada tiga pilihan warna, sama ada Iris Black, Champagne Pink dan Camilla White. Gambar rasmi menunjukkan reka bentuk telefon termasuk paparan penutup yang besar dan kamera utama 50MP dengan apertur f/1.9 dan sokongan OIS bersama kamera sekunder yang lebih kecil dan lampu LED yang diletakkan di bahagian bawah.

Butiran tambahan menunjukkan bahawa bahagian kanan Magic V Flip menempatkan butang audio dan kuasa dengan pengimbas cap jari. Bahagian bawahnya termasuk slot SIM, port USB-C dan gril pembesar suara. Laporan juga menyebut bateri dwi-sel 4,500mAh dengan pengecasan pantas 66W sambil membawa lebih banyak pendedahan spesifikasi tidak lama lagi.

Beritahu pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version