Site icon TechNave BM

HONOR Magic V mungkin telefon lipat pertama dengan Snapdragon 8 Gen 1

HONOR telah pun mengesahkan bahawa mereka bakal melancarkan telefon pintar lipat pertama, HONOR Magic V, dalam masa terdekat. Mereka telah bekongsi sebuah poster yang menunjukkan rupa peranti tersebut secara ringkas daripada bahagian sisi.

Kini terdapat maklumat baharu tentang telefon lipat tersebut, di mana ia mungkin akan dilengkapi cipset andalan Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1. Maklumat ini diperolehi daripada sebuah gambar yang tertiris di Weibo tentang slaid pelancaran telefon tersebut.

Jika ia benar, ini menjadikan HONOR Magic V bakal jadi telefon lipat pertama yang dilengkapi cipset Snapdragon 8 Gen 1. Selain cipset, spesifikasi yang dikhabarkan termasuklah skrin luaran 6.5 inci dan skrin utama 8 inci.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon lipat HONOR dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version