Site icon TechNave BM

HONOR Magic V2 RSR dilancar, reka bentuk khas bertemakan Porsche berharga ~RM10.4K

Semasa pelancaran siri HONOR Magic6 di China, HONOR turut memperkenalkan HONOR Magic V2 RSR. Edisi khas ini berharga 15,999 Yuan (~RM10,463) dan hanya terdapat di pasaran China. HONOR Magic V2 RSR ialah telefon boleh lipat rekaan Porsche pertama HONOR.

Dari luar, bahagian belakang HONOR Magic V2 RSR disepadukan dengan reka bentuk Porsche klasik. Bukan itu sahaja, telefon ini memecahkan reka bentuk tipikal modul lensa yang tidak berbentuk segi empat sama atau bulat tetapi membentuk tingkap belakang Porsche dengan kesan slip-back. Magic V2 RSR menampilkan unibody 5D dan teknologi Nano Rhino Glass generasi ke-2.

Berbanding dengan teknologi sebelumnya, ketumpatan kristal telah meningkat sebanyak 50% dan rintangan jatuh sebanyak 30%. Ia juga mencapai rintangan jatuh pada permukaan keras sepuluh kali ganda serta engsel titaniumnya juga diperkukuh.

Daripada segi konfigurasi, skrin dalaman HONOR Magic V2 RSR ialah 7.92 inci dengan resolusi 2344×2156 piksel manakala saiz skrin luar ialah 6.43 inci dengan resolusi 2376×1060 piksel. Ia dilengkapi dengan cipset Snapdragon 8 Gen 2 dan didatangkan dengan RAM 16GB serta storan 1TB. Namun, masih belum ada berita mengenai ketibaan di Malaysia.

Untuk peringatan, HONOR Magic V2 akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 16 Januari 2024. Saksikan strim langsung pelancaran di laman rasmi Facebook HONOR Malaysia pada jam 8 malam. Maklumat lanjut mengenai HONOR Magic V2 boleh didapati di laman rasmi HONOR Malaysia.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan HONOR Magic V2 RSR dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version