Site icon TechNave BM

HONOR Magic V2 RSR kini tersedia untuk akses eksklusif di Malaysia

HONOR Malaysia telah memperkenalkan edisi istimewa HONOR Magic V2 RSR dalam kolaborasi pertamanya dengan Porsche Design. Telefon boleh lipat ini dijangka masuk pasaran Malaysia pada suku kedua tahun ini. Individu yang berminat untuk mencuba HONOR Magic V2 RSR boleh mendaftar di laman web rasmi HONOR untuk mendapatkan jemputan eksklusif.

Dengan reka bentuk belakang yang terinspirasi oleh Porsche 911, peranti ini menawarkan cengkaman yang lebih baik dan berkongsi ciri-ciri seperti ketebalan 9.9mm, bateri 5,000mAh dan kaca Nanohablur untuk perlindungan lebih baik.

HONOR Magic V2 RSR turut dilengkapi dengan sistem tiga kamera termasuk kamera utama 50MP, kamera ultralebar 50MP dan kamera telefoto 20MP. Telefon ini dikuasakan oleh cipset Qualcomm Snapdragon 8 memberikan prestasi yang luar biasa.

Pembeli awal berpeluang mendapatkan hadiah percuma bernilai sehingga RM3,247 termasuk HONOR Choice Cleaner Robot, pemegang telefon lipat graviti untuk kereta dan perlindungan skrin HONOR 365 hari. Untuk pendaftaran akses eksklusif HONOR Magic V2 RSR boleh kunjungi pada laman web rasmi HONOR Malaysia.

Pra-pesanan HONOR Magic V2 kini dibuka sehingga 24 Januari dengan harga RM6,999 untuk versi 16+512GB menerusi laman web rasmi HONOR di sini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version