Site icon TechNave BM

HONOR Magic Vs 5G dilancar di Malaysia: Telefon lipat dengan skrin 7.9″, SD 8+ Gen 1, cas pantas 66W berharga RM5,999

Pada hari ini, HONOR telah melancarkan telefon pintar lipatnya yang pertama untuk pasaran Malaysia iaitu HONOR Magic Vs 5G. Telefon ini mempunyai lipatan menegak dan dilengkapi skrin yang besar, berukuran 7.9 inci.

Skrin utamanya mempunyai panel OLED boleh lipat dengan kadar segar semula 90Hz, resolusi 2272×1984 dan sokongan HDR10+. Skrin luarannya pula berukuran 6.45 inci dengan panel OLED HDR10+, kadar segar semula 120Hz dan resolusi 2560×1080.

Kameranya juga agak hebat, dengan kamera utama 54MP sensor Sony IMX800, kamera ultra-lebar 50MP dan kamera zum 3x 8MP. Ia mempunyai satu sahaja kamera swafoto iaitu 16MP.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk HONOR Magic Vs 5G:

Pelanggan awal yang membuat pra-tempahan akan menerima hadiah bernilai RM2,200. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version