Site icon TechNave BM

HONOR Magic Vs dipertonton, telefon boleh lipat versi global pertama

Hari ini, HONOR telah memperkenalkan telefon boleh lipat segmen andalan pertamanya untuk pasaran antarabangsa. Menggunakan nama HONOR Magic Vs, buat masa ini tidak diketahui sama ada HONOR akan mengeluarkan telefon boleh lipat tersebut untuk pasaran Malaysia.

HONOR Magic Vs menampilkan paparan OLED 6.45 inci dengan nisbah bidang 21:9 dan nisbah skrin ke badan 90%. Paparan OLED untuk bahagian dalam ialah 7.9 inci, disokong oleh gamut warna 100% DCI-P3 dan kadar penyegaran 120Hz. Terdapat juga ciri Circadian Night Display baharu di mana ia meminimumkan kesan negatif cahaya biru pada waktu malam.

Kedua-dua skrin HONOR Magic Vs juga dilengkapi dengan teknologi Peredupan PWM 1920Hz. Seterusnya, persediaan tiga kamera terdiri daripada kamera utama 54MP IMX800, ultralebar dan kamera makro 50MP serta 3X kamera Zum Optik 8MP. Telefon boleh lipat ini dilengkapi dengan Enjin Imej HONOR yang memproses peghasilan gambar untuk imej berkualiti tinggi.

Cipset yang digunakan ialah Snapdragon 8+ Gen 1 dan mempunyai dua varian memori iaitu 8GB + 256GB atau 12GB + 256GB/512GB. Baterinya berkapasiti 5,000mAh dengan sokongan teknologi HONOR SuperCharge berwayar 66W dan sistem operasi MagicOS 7.0 berdasarkan Android 12.

Untuk pengetahuan, ia hadir dengan Sistem Keselamatan Dwi TEE (Trusted Execution Environment) yang dibangunkan bersama Qualcomm. Kami akan mengemas kini tentang ketersediaanya untuk pasaran Malaysia apabila menerima maklumat rasmi daripada HONOR.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version