Site icon TechNave BM

HONOR Magic Vs menang Anugerah iF Design 2023 untuk inovasi dan rekaan

HONOR dengan bangga mengumumkan HONOR Magic Vs telah menerima Anugerah iF Design 2023 berprestij disebabkan rekaan inovatif dan pembuatan yang cemerlang. Pengiktirafan ini membuktikan usaha tanpa lelah HONOR mencapai kejayaan dalam inovasi dan rekaan.

Sempena Hari Ibu, terdapat tawaran eksklusif termasuk pelan ansuran 0% bermula dari RM8.20 sehari serta 0% faerah dan yuran proses sehingga 24 bulan. Hadiah mewah ini pasti mengembirakan ibu anda. Selain itu, kepada peminat HONOR di luar sana, ini masa untuk anda melancong.

Hal ini kerana jika anda membeli HONOR Magic Vs, anda berpeluang memenangi 7,000 mata ganjaran Enrich. Tebus mata ganjaran untuk akses masuk ke Malaysia Airlines Golden Lounge yang mewah atau tiket penerbangan domestik. Berikut langkah menyertai peraduan tersebut:

Cara penyertaan:

  1. Dapatkan Siri HONOR Magic baharu.
  2. Rakam imej atau video tentang Siri HONOR Magic terbaharu (terpakai untuk HONOR Magic5, HONOR Magic5 Pro, dan HONOR Magic Vs). Kongsi sebab anda sukakan peranti tersebut, siarkan dalam Facebook / Instagram dan tag 2 rakan anda.
  3. Sertakan tanda pagar #HONORMagicSeriesEnrich (pastikan akaun anda dibuka untuk umum)

Penyertaan akan ditutup pada 31 Mei 2023. Untuk maklumat lanjut tentang peraduan tersebut, anda boleh layari laman rasmi Enrich. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version