Site icon TechNave BM

HONOR Magic3 tertiris dalam talian, hadir dengan lima kamera dengan kedudukan ‘M’

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, HONOR Magic3 bakal dilancarkan pada 12 Ogos ini. Namun beberapa hari sebelum pelancaran, CEO Honor telah menunjukkan sebahagian daripada reka bentuk peranti ini.

Di sebuah acara di China, CEO Honor dilihat sedang menggunakan sebuah peranti dengan reka bentuk baru yang menarik. Peranti ini berkemungkinan besar merujuk kepada HONOR Magic3 dan melihat kepada gambar yang tertiris, peranti ini hadir dengan lima kamera di panel belakangnya.

Untuk spesifikasi kameranya, HONOR Magic3 mungkin hadir dengan kamera utama 50MP, tiga kamera 64MP dan sebuah sensor ToF. Peranti ini juga dijangka akan menjadi antara telefon pintar terawal dengan cipset Snapdragon 888+.

Apa pun, nantikan berita lanjut mengenai peranti ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : GSMArena

Exit mobile version