Site icon TechNave BM

HONOR Magic4 pro bakal dilancar di Malaysia: Miliki SD 8 Gen 1, skrin 120Hz dan bateri 4,600mAh

HONOR telah melancarkan telefon pintar andalan terbaharunya, HONOR Magic4 Pro di Mobile World Congress Barcelona (MWC) 2022 di Barcelona. Peranti ini membawa ciri fotografi Ultra-Fusion, videografi sinematik, skrin pengecasan wayarles 100W dan prestasi andalan. 

Dengan reka bentuk simetrinya, HONOR Magic4 Pro hadir dengan skrin paparan kuad lengkung LTPO 6.81 inci dan bezel ultra nipis untuk tontonan yang besar dan cengkaman selesa. Ia mempunyai 1.07 bilion warna yang disokong oleh teknologi HONOR MotionSync dengan kadar penyegaran semula pintar dari 1Hz hingga 120Hz.

Peranti ini hadir dengan kamera lebar 50MP yang memuatkan sensor warna 1/1.56 inci, kamera ultra lebar 50MP 122 darjah dan kamera telefoto periskop 64MP. Ia dikuasakan oleh fotografi pengiraan ultra-fusion yang terbaik memberikan imej definisi tinggi walaupun diambil dari jauh. 

Pengecasan pantas 100W Wired HONOR SuperCharge boleh mencapai 100% dalam hanya 30 minit dengan bateri berkapasiti 4,600mAh. HONOR Magic4 Pro juga merupakan telefon pintar pertama yang menyokong pengecasan wayarlas 100W menerusi teknologi HONOR SuperCharge dan kapasiti bateri boleh mencapai 50% dalam masa 15 minit. 

Ia juga dikuasakan oleh Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1 5G terkini dan HONOR Turbo Engines untuk meningkatkan keupayaan cipsetnya. HONOR turut memuatkan teknologi AI Super Rendering melalui GPU Turbo X untuk game mudah alih untuk prestasi gaming yang lancar. 

Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR Magic4 Pro, anda boleh layari laman web rasmi HONOR atau laman Facebook HONOR Malaysia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Exit mobile version