Site icon TechNave BM

HONOR Magic4 Pro bakal dilancarkan di Malaysia pada 1 Jun ini

HONOR Magic4 Pro pada asalnya diperkenalkan pada MWC 2022 dan kini HONOR Malaysia secara rasmi mengumumkan bahawa telefon itu akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 1 Jun 2022. Jangan lupa untuk menonton strim secara langsung acara pelancarannya di Facebook rasmi HONOR Malaysia pada jam 3 petang pada hari yang sama.

Menurut pengenalan rasmi, HONOR Magic4 Pro dikenali sebagai “pain killer” merangkumi beberapa teknologi seperti skrin telefon mudah alih yang menyokong kedua-dua LTPO dan sehingga 1920Hz PWM dimming, gabungan berbilang kamera fotografi pengkomputeran dan pengecasan pantas wayarles 100W.

Selain itu, HONOR Magic4 Pro dilengkapi dengan pemproses Snapdragon 8 Gen 1 5G generasi baharu, kuasa pengkomputeran cip, pemprosesan imej dan prestasi AI. HONOR Magic4 Pro juga telah disahkan dilengkapi dengan Perkhidmatan Mudah Alih Google (GMS).

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version